Blogger Layouts

DUHAI ISTERI-ISTERIKU...

Monday, June 06, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
           
       Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta serta kesenangan yang banyak kepadanya. Dia bersikap begitu kerana isteri keempatnya itu adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka tidak hairanlah lekaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

            Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isterinya itu pada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini lari dengan lelaki lain.

            Begitu juga dengan isteri keduanya. Pedagang itu sangat menyayangi isteri keduanya itu. Dia adalah isteri yang sabar dan penuh pengertian. Ketika pedagang menghadapi masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. Dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya ketika melalui saat-saat sulit. Sama halnya dengan isteri yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga pedagang. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan serta usaha pedagang tadi. Akan tetapi si pedagang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya, namun pedagang ini tidak begitu mempedulikannya.

            Suatu ketika, si pedagang jatuh sakit. Dia menyedari mungkin masanya untuk hidup tinggal beberapa hari sahaja lagi. Pedagang kaya ini mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati.

            “Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa sedihnya kerana selepas ini aky terpaksa tinggal sendirian.”

            Lalu dia meminta kesemua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya,

            “Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau pakaian dan perhiasan yang indah. Tidak lama lagi aku akan mati, mahukah kamu menemani dan mendampingiku?”

            Isteri keempatnya menjawab.

            “Tentu sekali tidak!” lantas dia pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi.

            Jawapan itu sangat menyakitkan hati pedagang, seakan pisau tajam menghiris-hiris hatinya. Pedangang yang sedih itu bertanya soalan yang sama kepada isteri ketiganya.

            “Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati.” Jawab isterinya.
Si pedagang kaya itu begitu terpukul dengan jawapan itu. Lalu diajukan soalan yang sama kepada isteri keduanya pula.

            “Maafkan aku…aku tidak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu 
ke liang kubur sahaja. Nanti akan kubuatkan makan yang indah buatmu.”

            Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara,

            “Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke mana pun kau pergi. Aku tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu.”

            Si pedagang menoleh ke arah suara tersebut dan mendapati pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Timbul rasa kesal yang amat sangat di hati pedagang kerana tidak mencintai dan sering mengabaikan isteri pertamanya itu.

            “Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, takkan aku biarkan kau seperti ini, isteriku.” Kata pedagang itu dengan linangan air mata dan penuh penyesalan.

*********************

Sesungguhnya, perkara yang berlaku kepada pedagang kaya itu sama dengan apa yang kita lalui. Faham maksud saya? empat orang isteri boleh juga disamakan dengan empat perkara penting dalam hidup kita.

ISTERI KEEMPAT*******TUBUH

Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya nampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi begitu sahaja apabila kita meninggal. Tiada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadap-NYA.

ISTERI KETIGA*********STATUS SOSIAL DAN KEKAYAAN

Saat kita meninggal, semuanya akan berpindah kepada orang lain. Bagaikan waktu yang  beredar, seperti itulah mereka akan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA********KERABAT DAN TEMAN-TEMAN

Seberapa dekat hubungan kita dengan orang lain sekali pun, tidak akan mampu untuk bersama-sama kita selamanya. Hanya sampai di kubur sahaja mereka akan menemani kita.

ISTERI PERTAMA*******JIWA DAN AMALAN

Kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya hanya jiwa dan amal kita sahajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi ke mana pun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita di akhirat kelak.

Wallahu ‘Alam…

ALAMAK!!!..BUAH HATI AKU.!!

Tuesday, May 31, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »

♥♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸*'*¸.•'´¯) ¸.•'´ ¯)♥♥
✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿

Adakah kisah ini ada kena mengena dengan diri kita? Saya rasa mungkin ada. walaupun tidak secara keseluruhan, sedikit sebanyak mungkin anda juga melaluinya. Mari bersama saya hayati artikel diberikut yang merupakan daripada perkongsian seorang sahabat untuk kita aemua.

********* 

Bila kita bangun pagi , menguap bukan main lagi. Mata terpandang melihat jam dinding. Sambil itu lihat ada ‘SMS’ tak dari ‘Buah Hati’ atau orang yang teristimewa untuk bertemu hari ini. Hati berdetak-detak , takut sangat kalao tidak dibalas cinta oleh ‘Buah Hati’ tersebut.

Aduh ! Andai kata jika kita begitu risau tentang ‘Buah Hati’ kita. Kenapa kita tak terfikir bila baru bangun dari tidur tentang perjumpaan ‘Kekasih” yang sebenar?

Kenapa bangun-bangun yang terucap “Aduhai aku ada ‘date’ berjumpa dengan sayang aku hari ini ? Aduh ! Dah lambat ini !”.

Langsung terus mandi , terlupa tuala dan berus gigi. Bagaimana itu ? Belum subuh lagi. Matahari sudah naik. Waktu Dhuha telah sampai. Tetapi kita pula terlupa bahawa ada Tuhan yang sedang menunggu balas cinta dari hambaNya.

Saya pesan kepada diri ini sendiri dan semua pembaca , bahawa sebelum kita bangun pagi. Kita perlu ambil sarapan dahulu. 
“Ehh ! itu sudah pasti ! Mestilah ambil sarapan dulu dong !”

Sebenarnya sarapan yang ingin saya sebutkan adalah “Sarapan Rohani”. Bila kita baru sahaja bangun tidur tidak memberi hati makan sarapan iaitu mengingati Tuhan yang terdiri daripada solat , zikir , baca Quran dan lain-lain lagi.Lama-kelamaan hati kita akan jadi kosong , keras macam batu dan lebih gelap daripada lautan dalam. Ini yang bahaya ! 

“Ayuh ! kita ‘manage’ akan hati kita?” tanya Habib..

“Manage’ akan hati? Apa itu ?” jawab Ramadhan..
“Management’ Qalbu!”
“aduh , buat pusing saja Habib , cuba cer..cerita..”

“Management Qalbu itu kata senang adalah Hidup kita semuanya mengikut Suasana Hati ! “

Ya Benar , mana mungkin orang yang hatinya sedih tiba-tiba ketawa terbahak-bahak. Ini mungkin dari zaman lain ! Kalao hati runsing kepala pun sakit ! Kalao hati marah , Muka pun merah.! Kalao hati sedang bercinta , gerakan kita pun menjadi lembut , asyik menulis puisi. Nyanyian.. pun jiwang ,‘Bulan terang..” sambung sendiri..

Bila hati kian lapang , Hidup susah tetap senang ,

Walau kesulitan menghadang , dihadapi dengan tenang
tapi bila hati sempit , Segalanya jadi rumit.
seakan hidup terhimpit , lahir batin terasa sakit ,
Jagalah hati , jangan kau nodai..
Jagalah hati.. Pelita Hidup ini..

“Jagalah baik-baik “Buah Hatimu…” ;)

“ sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah 

orang yang mengotorinya. “      Surah Asy Shams ayat 9-10

Di petik daripada Akhi Suyra dari Facebook Taman Orang-orang Fakir.

ALASAN ATAU ??????

Monday, May 23, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau. 

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. 

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

Santapan Rohani

Thursday, March 03, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Alhamdulillah...
Tergerak hati untuk berkongsi sesuatu yang saya pelajari pada hari ini. Satu ceramah telah diadakan di kolej kediaman saya, Kolej Harun Aminurrashid,UPSI. Apa yang istimewanya pada malam ini, ceramah atau lebih sesuai jika saya katakan ia lebih kepada bentuk forum ialah kehadiran tetamu jemputan yang sangat dikenali ramai. Pernah tonton "Semanis Kurma"?..Tahu siapa pengacaranya?...Merekalah yang saya maksudkan..Ustazah Nurbahiyah dan suami Ustaz Wan. Sepasang suami isteri yang sering dijemput untuk memberikan ceramah atau motivasi.

Forum tersebut telah dikendalikan oleh Ustaz Hakim yang tidak lagi asing bagi pelajar2 di KHAR kerana beliau sering dijemput ke kolej ini untuk menyampaikan ceramah2.

Pada malam ini, tajuk yang menjadi perbincangan dalam forum tersebut adalah berkaitan dengan ilmu. Terlalu banyak perkara yang boleh dikaitkan dengan ilmu ini. Hal ini kerana ilmu ALLAH itu sendiri terlalu luas. Jika kita ambil sebatang pen, dan dakwatnya adalah daripada 7 lautan, nescaya 7 lautan sekali pun tidak akan cukup jika nak dibandingkan dengan ilmu ALLAH yang maha luas. 

Setiap ilmu yang kita cari sangat bermanfaat dalam diri kita. Tetapi jika ilmu itu dicari kerana terpaksa, kita tidak akan mendapat apa2 daripada ilmu tersebut. Kenapa? sebab tiada kesungguhan dalam menuntut ilmu. Bayangkan, jika kita belajar hanya semata2 untuk menjawab soalan peperiksaan dan apabila selesai peperiksaan itu kita terus lupa segala apa yang kita pelajari. Umpamanya ilmu itu hanya sekadar persinggahan dalam diri kita. Oleh itu, perlu ada kesungguhan dalam mencari ilmu.

Sememangnya banyak cabaran yang akan kita tempuhi dalam mencari ilmu ini. Diibaratkan seperti kita menanam padi, lalang akan tumbuh juga bersama-sama padi. Tapi kalau lalang pula yang ditanam, padi tidak akan tumbuh. Kerana apa? Kerana memang sudah lumrahnya begitu. Jika kita bergerak ke arah kebaikan, pasti ada sahaja yang akan menjadi penghalang. Tetapi jika kejahatan yang kita lakukan, tidak akan ada halangan sebab hati kita sudah mula hitam. Faham apa yang saya ingin katakan.?

Berbalik kepada pengisian ceramah tadi. Ustazah Nurbahiyah ada mengatakan, daripada Imam Shafie:

Kekeruhan dosa yang berkumpul di dalam hati adalah disebabkan
  1)  Makan makanan yang syubhah, ragu2 atau haram
  2)  Tidak memohon keredhaan ibu bapa
  3)  Suka mendengar nyanyian yang melalaikan
  4)  Banyak tidur
  5)  Banyak makan
  6)  Banyak berkhayal
  7)  Tidak hormat guru @ pensyarah       

Bagaimana pula kita hendak mengatasi semua perkara2 diatas? Ada caranya..

  1)  Solat 5 waktu
  2)  Selalu dalam keadaan berwudu'
  3)  Bertaqwa kepada ALLAH
  4)  Hormat kepada guru
  5)  Jauhi maksiat
  6)  Rajinkan diri berbuat baik kepada ibu bapa.

Ilmu yang kita cari ini tidak akan bermanfaat jika kita tidak meniatkannya kerana ALLAH. Semuanya akan menjadi sia-sia. Sebagai pelajar @pun sesiapa sahaja, mestilah kita tidak mahu ilmu yang kita dapat hilang begitu sahaja. Bagaimana kita hendak melakukan sesuatu kerana ALLAH?

  1)  Mesti ada pembimbing
  2)  Bekal iaitu taqwa kepada ALLAH
  3)  Senjata iaitu wudu'
  4)  Pendekatan Al-Quran dan As-Sunnah
  5)  Perlu ada cita2
  6)  Ikatan persaudaraan kerana ALLAH
  7)  Jauhi semua perkara yang mengikut hawa nafsu

Bagaimana?Sudah jelas? Diharapkan dengan sedikit perkongsian ini dapat kita sama2 renungkan kembali, apa yang kita lakukan selama ini bermanfaat atau tidak, niat kerana hendak kesenangan dunia atau akhirat, inginkan nama kita dijulang orang kerana apa? Sama2lah kita bermuhasabah diri.

Ingin saya memetik kata-kata Hamka..

"Ada ilmu dan ada harta, ada ilmu tapi tiada harta, atau tiada ilmu juga tiada harta." 

Mana 1 yang anda pilih.? Jawapan ada ditangan anda..

Kita Bukannya Baik Sangat........

Friday, February 18, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »

Kita Bukannya Baik Sangat Untuk Cakap Kita Baik..

Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh

Kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin

Kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain tak handsome

Kita bukanlah lawa untuk cakap orag lain tak lawa

Kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat

Kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang

Kita bukanlah kuat untuk kata orang lain lemah

Kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut

TETAPI....

Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain

Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan

Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri

Kita adalah lawa jikalau kita sentiasa memuji orang lain

Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah kebaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain

Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepadaNya dengan seikhlas hati

Kita adalah kuat jikalau kita sentiasa membantu orang yang lemah

Kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama

Soalku...jawab-Nya

Tuesday, February 01, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

Doa Yang Indah Aku meminta kepada Allah untuk menyingkirkan penderitaanku.

Allah menjawab, Tidak. Itu bukan untuk Kusingkirkan, tetapi agar kau mengalahkannya  

Aku meminta kepada Allah untuk menyempurnakan kecacatanku. 

Allah menjawab, Tidak. Jiwa adalah sempurna, badan hanyalah sementara.  

Aku meminta kepada Allah untuk menghadiahkanku kesabaran. 

Allah menjawab, Tidak. Kesabaran adalah hasil dari kesulitan. Itu tidak dihadiahkan, itu harus dipelajari.  

Aku meminta kepada Allah untuk memberiku kebahagiaan. 

Allah menjawab, Tidak. Aku memberimu berkat. Kebahagiaan adalah tergantung padamu.  

Aku meminta kepada Allah untuk menjauhkan penderitaan. 

Allah menjawab, Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari perhatian duniawi dan membawamu mendekat padaKu. 

 Aku meminta kepada Allah untuk menumbuhkan rohku. 

Allah menjawab, Tidak. Kau harus menumbuhkannya sendiri, tetapi Aku akan memangkas untuk membuatmu berbuah.  

Aku meminta kepada Allah segala hal sehingga aku dapat menikmati hidup. 

Allah menjawab, Tidak. Aku akan memberimu hidup, sehingga kau dapat menikmati segala hal.  

Aku meminta kepada Allah membantuku mengasihi orang lain, seperti Ia mengasihiku.

Allah menjawab.. , Akhirnya kau mengerti. HARI INI ADALAH MILIKMU JANGAN SIA-SIAKAN . Bagi dunia , kamu mungkin hanyalah seseorang, Tetapi bagi seseorang , kamu adalah dunianya. 

Doa Rasulullah SAW...

"Jadikanlah hati ini cinta padaMu,

cinta pada manusia yang mencintaiMU,

dan juga cinta pada manusia yang mencintai perkara2 yang dapat mencintaiMu..."

sumber: haqqulyaqiin.blogspot.com

TOLONG SAYA..!!!

Wednesday, January 05, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
بسم الله الرحمن الرحيم

Saya bukan alim dan kurang berpengalaman...sekadar perkongsian yang ingin disampaikan hasil daripada apa yang saya baca dan apa yang saya jumpa.

Tolong ingatkan saya,
Andai saya terlupa akan Tuhan dalam kelapangan dan kesibukan, dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan saya,
Jangan jadi biadap, jangan lupakan mak dan bapak, jangan dilukai hati dan perasaan sesiapa yang dekat dengan saya.

Tolong ingatkan saya,
Supaya sentiasa ingat pesanan guru, bukan sekadar peringatan tetapi pendidikan yang berpanjangan.

Tolong ingatkan saya,
Agar menjadi sahabat yang baik, sentiasa memberi peringatan, sentiasa menerima teguran.

Tolong ingatkan saya,
Diri ini milik Yang Maha Kuasa, kepada-Nya jiwa diserahkan, segala-galanya Dialah tumpuan.

Tolong ingatkan saya,
Hidup ini suatu kembara, kutiplah mutiara dalam perjalanan moga disana menjadi bekalan.

Jika hari ini saya terlalu gembira, sedarkanlah saya dengan amaran-amaran Allah.
Jika saya bersedih tanpa kata, pujuklah saya dengan tarbiah PENCIPTA.
Jika saya lemah tidak berdaya, ingatkanlah saya dengan kehebatan SYURGA.
Jika diantara kita ada tembok pemisah, ajaklah saya meleraikannya segera.
Jika pernah hatimu terluka kerana saya, luahkanlah agar saya berubah.
Dan jika esok saya lena tanpa terjaga, iringilah saya dengan kalungan doa dan Al-Fatihah.

BERJANJILAH SAHABAT, UKHUWAH KITA UNTUK SELAMANYA...

***putih kemboja***

Paling Hebat.....????

Monday, January 03, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
Adakah sesuatu yang paling hebat di dunia ini?
Ada..

GUNUNG..
Kerana tiada apa yang dapat membinasakan gunung yang besar dan tinggi...

Adakah sesuatu yang paling hebat daripada GUNUNG?
Ada..

BESI..
Kerana sifat keras besi bisa menghancurkan gunung yang tinggi. Maka lama-kelamaan gunung akan musnah...

Adakah benda yang lebih hebat daripada BESI?
Ada..

API...
Kerana sifat yang api yang panas membara bisa meleburkan besi walau sekukuh-kukuh besi sekalipun..

Adakah sesuatu yang paling hebat daripada API?
Ada..

Air...
Kerana air yang meredakan sifat api yang sentiasa marak tanpa kawalan..Air juga yang menjadi penenang kepada hangatnya sang api..

Adakah sesuatu yang lebih hebat daripada AIR?
Ada..

ANGIN..
Kerana angin mampu mengocak tenangnya air yang mendamaikan...Setenang-tenangnya air, akan berombak juga bila dipukul angin...

Adakah sesuatu yang lebih hebat daripada ANGIN?
Ada..

Tangan kanan orang yang memberi dengan penuh keikhlasan hati dan tangan kirinya tersembunyi tanpa mengetahui...

***keikhlasan hati dalam melakukan sesuatu mengatasi segala yang terhebat dalam dunia. Begitu juga dengan keikhlasan dalam beribadah, menuntut ilmu.***

Imam Syafi’i pernah memberi nasihat kepada seorang temannya, 
“Wahai Abu Musa, jika engkau berijtihad dengan sebenar-benar kesungguhan untuk membuat seluruh manusia redha (suka), maka itu tidak akan terjadi. Jika demikian, maka ikhlaskan amalmu dan niatmu kerana Allah Azza wa Jalla.”

 Kerana itu tak hairan jika Ibnul Qoyyim memberi perumpamaan seperti ini,
 “Amal tanpa keikhlasan seperti musafir yang mengisi kantong dengan kerikil pasir. Memberatkannya tapi tidak bermanfaat.” 

Dalam kesempatan lain beliau berkata, 
“Jika ilmu bermanfaat tanpa amal, maka tidak mungkin Allah mencela para pendeta ahli Kitab. Jika ilmu bermanfaat tanpa keikhlasan, maka tidak mungkin Allah mencela orang-orang munafik.”

Dan orang yang berbuat riya pasti mendapat hukuman dari Allah swt. Orang-orang yang telah melakukan amal-amal terbaik, apakah itu mujahid, ustadz, dan orang yang senantiasa berinfak, semuanya diseret ke neraka kerana amal mereka tidak ikhlas kepada Allah. Kata Rasulullah saw., “Siapa yang menuntut ilmu, dan tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan perhiasan dunia, maka ia tidak akan mendapatkan wangi-wangi surga di hari akhir.” (HR Abu Dawud)

sumber: rumusan daripada ceramah Ustaz Aa Gym dan perkongsian daripada sahabat
Showing posts with label MUHASABAH. Show all posts

Monday, June 6, 2011

DUHAI ISTERI-ISTERIKU...

Posted by Putih Kemboja at Monday, June 06, 2011 0 comments
           
       Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta serta kesenangan yang banyak kepadanya. Dia bersikap begitu kerana isteri keempatnya itu adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka tidak hairanlah lekaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

            Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isterinya itu pada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini lari dengan lelaki lain.

            Begitu juga dengan isteri keduanya. Pedagang itu sangat menyayangi isteri keduanya itu. Dia adalah isteri yang sabar dan penuh pengertian. Ketika pedagang menghadapi masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. Dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya ketika melalui saat-saat sulit. Sama halnya dengan isteri yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga pedagang. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan serta usaha pedagang tadi. Akan tetapi si pedagang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya, namun pedagang ini tidak begitu mempedulikannya.

            Suatu ketika, si pedagang jatuh sakit. Dia menyedari mungkin masanya untuk hidup tinggal beberapa hari sahaja lagi. Pedagang kaya ini mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati.

            “Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa sedihnya kerana selepas ini aky terpaksa tinggal sendirian.”

            Lalu dia meminta kesemua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya,

            “Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau pakaian dan perhiasan yang indah. Tidak lama lagi aku akan mati, mahukah kamu menemani dan mendampingiku?”

            Isteri keempatnya menjawab.

            “Tentu sekali tidak!” lantas dia pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi.

            Jawapan itu sangat menyakitkan hati pedagang, seakan pisau tajam menghiris-hiris hatinya. Pedangang yang sedih itu bertanya soalan yang sama kepada isteri ketiganya.

            “Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati.” Jawab isterinya.
Si pedagang kaya itu begitu terpukul dengan jawapan itu. Lalu diajukan soalan yang sama kepada isteri keduanya pula.

            “Maafkan aku…aku tidak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu 
ke liang kubur sahaja. Nanti akan kubuatkan makan yang indah buatmu.”

            Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara,

            “Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke mana pun kau pergi. Aku tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu.”

            Si pedagang menoleh ke arah suara tersebut dan mendapati pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Timbul rasa kesal yang amat sangat di hati pedagang kerana tidak mencintai dan sering mengabaikan isteri pertamanya itu.

            “Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, takkan aku biarkan kau seperti ini, isteriku.” Kata pedagang itu dengan linangan air mata dan penuh penyesalan.

*********************

Sesungguhnya, perkara yang berlaku kepada pedagang kaya itu sama dengan apa yang kita lalui. Faham maksud saya? empat orang isteri boleh juga disamakan dengan empat perkara penting dalam hidup kita.

ISTERI KEEMPAT*******TUBUH

Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya nampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi begitu sahaja apabila kita meninggal. Tiada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadap-NYA.

ISTERI KETIGA*********STATUS SOSIAL DAN KEKAYAAN

Saat kita meninggal, semuanya akan berpindah kepada orang lain. Bagaikan waktu yang  beredar, seperti itulah mereka akan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA********KERABAT DAN TEMAN-TEMAN

Seberapa dekat hubungan kita dengan orang lain sekali pun, tidak akan mampu untuk bersama-sama kita selamanya. Hanya sampai di kubur sahaja mereka akan menemani kita.

ISTERI PERTAMA*******JIWA DAN AMALAN

Kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya hanya jiwa dan amal kita sahajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi ke mana pun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita di akhirat kelak.

Wallahu ‘Alam…

Tuesday, May 31, 2011

ALAMAK!!!..BUAH HATI AKU.!!

Posted by Putih Kemboja at Tuesday, May 31, 2011 0 comments

♥♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸*'*¸.•'´¯) ¸.•'´ ¯)♥♥
✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿

Adakah kisah ini ada kena mengena dengan diri kita? Saya rasa mungkin ada. walaupun tidak secara keseluruhan, sedikit sebanyak mungkin anda juga melaluinya. Mari bersama saya hayati artikel diberikut yang merupakan daripada perkongsian seorang sahabat untuk kita aemua.

********* 

Bila kita bangun pagi , menguap bukan main lagi. Mata terpandang melihat jam dinding. Sambil itu lihat ada ‘SMS’ tak dari ‘Buah Hati’ atau orang yang teristimewa untuk bertemu hari ini. Hati berdetak-detak , takut sangat kalao tidak dibalas cinta oleh ‘Buah Hati’ tersebut.

Aduh ! Andai kata jika kita begitu risau tentang ‘Buah Hati’ kita. Kenapa kita tak terfikir bila baru bangun dari tidur tentang perjumpaan ‘Kekasih” yang sebenar?

Kenapa bangun-bangun yang terucap “Aduhai aku ada ‘date’ berjumpa dengan sayang aku hari ini ? Aduh ! Dah lambat ini !”.

Langsung terus mandi , terlupa tuala dan berus gigi. Bagaimana itu ? Belum subuh lagi. Matahari sudah naik. Waktu Dhuha telah sampai. Tetapi kita pula terlupa bahawa ada Tuhan yang sedang menunggu balas cinta dari hambaNya.

Saya pesan kepada diri ini sendiri dan semua pembaca , bahawa sebelum kita bangun pagi. Kita perlu ambil sarapan dahulu. 
“Ehh ! itu sudah pasti ! Mestilah ambil sarapan dulu dong !”

Sebenarnya sarapan yang ingin saya sebutkan adalah “Sarapan Rohani”. Bila kita baru sahaja bangun tidur tidak memberi hati makan sarapan iaitu mengingati Tuhan yang terdiri daripada solat , zikir , baca Quran dan lain-lain lagi.Lama-kelamaan hati kita akan jadi kosong , keras macam batu dan lebih gelap daripada lautan dalam. Ini yang bahaya ! 

“Ayuh ! kita ‘manage’ akan hati kita?” tanya Habib..

“Manage’ akan hati? Apa itu ?” jawab Ramadhan..
“Management’ Qalbu!”
“aduh , buat pusing saja Habib , cuba cer..cerita..”

“Management Qalbu itu kata senang adalah Hidup kita semuanya mengikut Suasana Hati ! “

Ya Benar , mana mungkin orang yang hatinya sedih tiba-tiba ketawa terbahak-bahak. Ini mungkin dari zaman lain ! Kalao hati runsing kepala pun sakit ! Kalao hati marah , Muka pun merah.! Kalao hati sedang bercinta , gerakan kita pun menjadi lembut , asyik menulis puisi. Nyanyian.. pun jiwang ,‘Bulan terang..” sambung sendiri..

Bila hati kian lapang , Hidup susah tetap senang ,

Walau kesulitan menghadang , dihadapi dengan tenang
tapi bila hati sempit , Segalanya jadi rumit.
seakan hidup terhimpit , lahir batin terasa sakit ,
Jagalah hati , jangan kau nodai..
Jagalah hati.. Pelita Hidup ini..

“Jagalah baik-baik “Buah Hatimu…” ;)

“ sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah 

orang yang mengotorinya. “      Surah Asy Shams ayat 9-10

Di petik daripada Akhi Suyra dari Facebook Taman Orang-orang Fakir.

Monday, May 23, 2011

ALASAN ATAU ??????

Posted by Putih Kemboja at Monday, May 23, 2011 0 comments

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau. 

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. 

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

Thursday, March 3, 2011

Santapan Rohani

Posted by Putih Kemboja at Thursday, March 03, 2011 0 comments
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Alhamdulillah...
Tergerak hati untuk berkongsi sesuatu yang saya pelajari pada hari ini. Satu ceramah telah diadakan di kolej kediaman saya, Kolej Harun Aminurrashid,UPSI. Apa yang istimewanya pada malam ini, ceramah atau lebih sesuai jika saya katakan ia lebih kepada bentuk forum ialah kehadiran tetamu jemputan yang sangat dikenali ramai. Pernah tonton "Semanis Kurma"?..Tahu siapa pengacaranya?...Merekalah yang saya maksudkan..Ustazah Nurbahiyah dan suami Ustaz Wan. Sepasang suami isteri yang sering dijemput untuk memberikan ceramah atau motivasi.

Forum tersebut telah dikendalikan oleh Ustaz Hakim yang tidak lagi asing bagi pelajar2 di KHAR kerana beliau sering dijemput ke kolej ini untuk menyampaikan ceramah2.

Pada malam ini, tajuk yang menjadi perbincangan dalam forum tersebut adalah berkaitan dengan ilmu. Terlalu banyak perkara yang boleh dikaitkan dengan ilmu ini. Hal ini kerana ilmu ALLAH itu sendiri terlalu luas. Jika kita ambil sebatang pen, dan dakwatnya adalah daripada 7 lautan, nescaya 7 lautan sekali pun tidak akan cukup jika nak dibandingkan dengan ilmu ALLAH yang maha luas. 

Setiap ilmu yang kita cari sangat bermanfaat dalam diri kita. Tetapi jika ilmu itu dicari kerana terpaksa, kita tidak akan mendapat apa2 daripada ilmu tersebut. Kenapa? sebab tiada kesungguhan dalam menuntut ilmu. Bayangkan, jika kita belajar hanya semata2 untuk menjawab soalan peperiksaan dan apabila selesai peperiksaan itu kita terus lupa segala apa yang kita pelajari. Umpamanya ilmu itu hanya sekadar persinggahan dalam diri kita. Oleh itu, perlu ada kesungguhan dalam mencari ilmu.

Sememangnya banyak cabaran yang akan kita tempuhi dalam mencari ilmu ini. Diibaratkan seperti kita menanam padi, lalang akan tumbuh juga bersama-sama padi. Tapi kalau lalang pula yang ditanam, padi tidak akan tumbuh. Kerana apa? Kerana memang sudah lumrahnya begitu. Jika kita bergerak ke arah kebaikan, pasti ada sahaja yang akan menjadi penghalang. Tetapi jika kejahatan yang kita lakukan, tidak akan ada halangan sebab hati kita sudah mula hitam. Faham apa yang saya ingin katakan.?

Berbalik kepada pengisian ceramah tadi. Ustazah Nurbahiyah ada mengatakan, daripada Imam Shafie:

Kekeruhan dosa yang berkumpul di dalam hati adalah disebabkan
  1)  Makan makanan yang syubhah, ragu2 atau haram
  2)  Tidak memohon keredhaan ibu bapa
  3)  Suka mendengar nyanyian yang melalaikan
  4)  Banyak tidur
  5)  Banyak makan
  6)  Banyak berkhayal
  7)  Tidak hormat guru @ pensyarah       

Bagaimana pula kita hendak mengatasi semua perkara2 diatas? Ada caranya..

  1)  Solat 5 waktu
  2)  Selalu dalam keadaan berwudu'
  3)  Bertaqwa kepada ALLAH
  4)  Hormat kepada guru
  5)  Jauhi maksiat
  6)  Rajinkan diri berbuat baik kepada ibu bapa.

Ilmu yang kita cari ini tidak akan bermanfaat jika kita tidak meniatkannya kerana ALLAH. Semuanya akan menjadi sia-sia. Sebagai pelajar @pun sesiapa sahaja, mestilah kita tidak mahu ilmu yang kita dapat hilang begitu sahaja. Bagaimana kita hendak melakukan sesuatu kerana ALLAH?

  1)  Mesti ada pembimbing
  2)  Bekal iaitu taqwa kepada ALLAH
  3)  Senjata iaitu wudu'
  4)  Pendekatan Al-Quran dan As-Sunnah
  5)  Perlu ada cita2
  6)  Ikatan persaudaraan kerana ALLAH
  7)  Jauhi semua perkara yang mengikut hawa nafsu

Bagaimana?Sudah jelas? Diharapkan dengan sedikit perkongsian ini dapat kita sama2 renungkan kembali, apa yang kita lakukan selama ini bermanfaat atau tidak, niat kerana hendak kesenangan dunia atau akhirat, inginkan nama kita dijulang orang kerana apa? Sama2lah kita bermuhasabah diri.

Ingin saya memetik kata-kata Hamka..

"Ada ilmu dan ada harta, ada ilmu tapi tiada harta, atau tiada ilmu juga tiada harta." 

Mana 1 yang anda pilih.? Jawapan ada ditangan anda..

Friday, February 18, 2011

Kita Bukannya Baik Sangat........

Posted by Putih Kemboja at Friday, February 18, 2011 0 comments

Kita Bukannya Baik Sangat Untuk Cakap Kita Baik..

Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh

Kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin

Kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain tak handsome

Kita bukanlah lawa untuk cakap orag lain tak lawa

Kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat

Kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang

Kita bukanlah kuat untuk kata orang lain lemah

Kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut

TETAPI....

Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain

Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan

Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri

Kita adalah lawa jikalau kita sentiasa memuji orang lain

Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah kebaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain

Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepadaNya dengan seikhlas hati

Kita adalah kuat jikalau kita sentiasa membantu orang yang lemah

Kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama

Tuesday, February 1, 2011

Soalku...jawab-Nya

Posted by Putih Kemboja at Tuesday, February 01, 2011 0 comments

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

Doa Yang Indah Aku meminta kepada Allah untuk menyingkirkan penderitaanku.

Allah menjawab, Tidak. Itu bukan untuk Kusingkirkan, tetapi agar kau mengalahkannya  

Aku meminta kepada Allah untuk menyempurnakan kecacatanku. 

Allah menjawab, Tidak. Jiwa adalah sempurna, badan hanyalah sementara.  

Aku meminta kepada Allah untuk menghadiahkanku kesabaran. 

Allah menjawab, Tidak. Kesabaran adalah hasil dari kesulitan. Itu tidak dihadiahkan, itu harus dipelajari.  

Aku meminta kepada Allah untuk memberiku kebahagiaan. 

Allah menjawab, Tidak. Aku memberimu berkat. Kebahagiaan adalah tergantung padamu.  

Aku meminta kepada Allah untuk menjauhkan penderitaan. 

Allah menjawab, Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari perhatian duniawi dan membawamu mendekat padaKu. 

 Aku meminta kepada Allah untuk menumbuhkan rohku. 

Allah menjawab, Tidak. Kau harus menumbuhkannya sendiri, tetapi Aku akan memangkas untuk membuatmu berbuah.  

Aku meminta kepada Allah segala hal sehingga aku dapat menikmati hidup. 

Allah menjawab, Tidak. Aku akan memberimu hidup, sehingga kau dapat menikmati segala hal.  

Aku meminta kepada Allah membantuku mengasihi orang lain, seperti Ia mengasihiku.

Allah menjawab.. , Akhirnya kau mengerti. HARI INI ADALAH MILIKMU JANGAN SIA-SIAKAN . Bagi dunia , kamu mungkin hanyalah seseorang, Tetapi bagi seseorang , kamu adalah dunianya. 

Doa Rasulullah SAW...

"Jadikanlah hati ini cinta padaMu,

cinta pada manusia yang mencintaiMU,

dan juga cinta pada manusia yang mencintai perkara2 yang dapat mencintaiMu..."

sumber: haqqulyaqiin.blogspot.com

Wednesday, January 5, 2011

TOLONG SAYA..!!!

Posted by Putih Kemboja at Wednesday, January 05, 2011 0 comments
بسم الله الرحمن الرحيم

Saya bukan alim dan kurang berpengalaman...sekadar perkongsian yang ingin disampaikan hasil daripada apa yang saya baca dan apa yang saya jumpa.

Tolong ingatkan saya,
Andai saya terlupa akan Tuhan dalam kelapangan dan kesibukan, dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan saya,
Jangan jadi biadap, jangan lupakan mak dan bapak, jangan dilukai hati dan perasaan sesiapa yang dekat dengan saya.

Tolong ingatkan saya,
Supaya sentiasa ingat pesanan guru, bukan sekadar peringatan tetapi pendidikan yang berpanjangan.

Tolong ingatkan saya,
Agar menjadi sahabat yang baik, sentiasa memberi peringatan, sentiasa menerima teguran.

Tolong ingatkan saya,
Diri ini milik Yang Maha Kuasa, kepada-Nya jiwa diserahkan, segala-galanya Dialah tumpuan.

Tolong ingatkan saya,
Hidup ini suatu kembara, kutiplah mutiara dalam perjalanan moga disana menjadi bekalan.

Jika hari ini saya terlalu gembira, sedarkanlah saya dengan amaran-amaran Allah.
Jika saya bersedih tanpa kata, pujuklah saya dengan tarbiah PENCIPTA.
Jika saya lemah tidak berdaya, ingatkanlah saya dengan kehebatan SYURGA.
Jika diantara kita ada tembok pemisah, ajaklah saya meleraikannya segera.
Jika pernah hatimu terluka kerana saya, luahkanlah agar saya berubah.
Dan jika esok saya lena tanpa terjaga, iringilah saya dengan kalungan doa dan Al-Fatihah.

BERJANJILAH SAHABAT, UKHUWAH KITA UNTUK SELAMANYA...

***putih kemboja***

Monday, January 3, 2011

Paling Hebat.....????

Posted by Putih Kemboja at Monday, January 03, 2011 0 comments
Adakah sesuatu yang paling hebat di dunia ini?
Ada..

GUNUNG..
Kerana tiada apa yang dapat membinasakan gunung yang besar dan tinggi...

Adakah sesuatu yang paling hebat daripada GUNUNG?
Ada..

BESI..
Kerana sifat keras besi bisa menghancurkan gunung yang tinggi. Maka lama-kelamaan gunung akan musnah...

Adakah benda yang lebih hebat daripada BESI?
Ada..

API...
Kerana sifat yang api yang panas membara bisa meleburkan besi walau sekukuh-kukuh besi sekalipun..

Adakah sesuatu yang paling hebat daripada API?
Ada..

Air...
Kerana air yang meredakan sifat api yang sentiasa marak tanpa kawalan..Air juga yang menjadi penenang kepada hangatnya sang api..

Adakah sesuatu yang lebih hebat daripada AIR?
Ada..

ANGIN..
Kerana angin mampu mengocak tenangnya air yang mendamaikan...Setenang-tenangnya air, akan berombak juga bila dipukul angin...

Adakah sesuatu yang lebih hebat daripada ANGIN?
Ada..

Tangan kanan orang yang memberi dengan penuh keikhlasan hati dan tangan kirinya tersembunyi tanpa mengetahui...

***keikhlasan hati dalam melakukan sesuatu mengatasi segala yang terhebat dalam dunia. Begitu juga dengan keikhlasan dalam beribadah, menuntut ilmu.***

Imam Syafi’i pernah memberi nasihat kepada seorang temannya, 
“Wahai Abu Musa, jika engkau berijtihad dengan sebenar-benar kesungguhan untuk membuat seluruh manusia redha (suka), maka itu tidak akan terjadi. Jika demikian, maka ikhlaskan amalmu dan niatmu kerana Allah Azza wa Jalla.”

 Kerana itu tak hairan jika Ibnul Qoyyim memberi perumpamaan seperti ini,
 “Amal tanpa keikhlasan seperti musafir yang mengisi kantong dengan kerikil pasir. Memberatkannya tapi tidak bermanfaat.” 

Dalam kesempatan lain beliau berkata, 
“Jika ilmu bermanfaat tanpa amal, maka tidak mungkin Allah mencela para pendeta ahli Kitab. Jika ilmu bermanfaat tanpa keikhlasan, maka tidak mungkin Allah mencela orang-orang munafik.”

Dan orang yang berbuat riya pasti mendapat hukuman dari Allah swt. Orang-orang yang telah melakukan amal-amal terbaik, apakah itu mujahid, ustadz, dan orang yang senantiasa berinfak, semuanya diseret ke neraka kerana amal mereka tidak ikhlas kepada Allah. Kata Rasulullah saw., “Siapa yang menuntut ilmu, dan tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan perhiasan dunia, maka ia tidak akan mendapatkan wangi-wangi surga di hari akhir.” (HR Abu Dawud)

sumber: rumusan daripada ceramah Ustaz Aa Gym dan perkongsian daripada sahabat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...