Blogger Layouts

Tunjukkan Kami Jalan Yang Lurus

Monday, May 30, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
(QS. Al-Fatihah [1]: 6)

Kata ihdinaa (tunjukkanlah kami) dalam ayat di atas merupakan bentuk kata perintah (fi’lu al-amr) dari kata hadâ-yahdii. Hadâ-yahdii sendiri artinya adalah memberi petunjuk kepada hal-hal yang benar. Kata hidayah merupakan bentuk fi’lu al masdar dari kata ini. Dalam Tafsir Munir karya Dr. Wahbah Az Zuhaily, hidayah ada lima macam. Satu hidayah ke hidayah yang lain bersifat hierarkis, di mana hidayah yang ada di bawahnya akan menyempurnakan hidayah yang ada di atasnya. Jadi semakin ke bawah maka semakin tinggi nilainya. Adapun kelima hidayah tersebut adalah sebagai berikut :

Pertama, hidayah ilhami. Hidayah ini adalah fitrah yang Allah SWT berikan kepada semua makhluk ciptan-Nya. Contohnya, Allah SWT memberikan hidayah ilhami kepada lebah yang suka hinggap di bunga untuk mengambil saripatinya, dapat membangun sarang yang menurut para ahli adalah desain yang paling sempurna berdasarkan fungsinya. Seorang bayi yang lapar diberi hidayah ilhami oleh Allah SWT untuk menangis dan merengek-rengek pada ibunya agar diberi ASI. Siapakah yang mengajari lebah dan bayi tadi untuk melakukan hal tersebut? Tentunya kita yang beriman kepada Allah SWT akan menjawab: itulah kekuasaan Allah SWT yang telah memberikan hidayah ilhami kepada makhluk-Nya. Semua makhluk yang diciptakan Allah SWT akan menerima hidayah ini. Dalam bahasa kita, hidayah ilhami ini adalah insting, yang merupakan tingkat inteligensi paling rendah.

Kedua, hidayah hawasi. Hidayah hawasi adalah hidayah yang membuat makhluk Allah SWT mampu merespon suatu peristiwa dengan respon yang sesuai. Contohnya adalah, ketika manusia mendapatkan kebahagiaan maka ia akan senang dan jika mendapatkan musibah maka ia akan sedih. Dalam istilah kita, hidayah hawasi ini adalah kemampuan inderawi.

Hidayah hawasi sangat dipengaruhi oleh lingkungan. Maka respon yang ditimbulkan dari sebuah peristiwa sangat tergantung dengan lingkungan kita. Jika lingkungan itu normal maka respon kita akan normal. Misalnya, orang yang mendapatkan musibah akan sedih kerana lingkungannya mengajarkan untuk merespon peristiwa tersebut dengan bersedih. Di lain tempat dan waktu mungkin saja respon ini berubah kerana lingkungannya merespon dengan hal yang berbeza. Maka untuk mendapatkan hidayah hawasi ini kita harus bersedia agar lingkungan kita normal secara semula jadi.

Ketiga, hidayah aqli (akal). Hidayah akal adalah hidayah yang diberikan khusus pada manusia yang membuatnya mampu berfikir untuk menemukan ilmu dan sekaligus merespon peristiwa dalam kehidupannya dengan respon yang bermanfaat bagi dirinya. Hidayah akal akan bisa kita miliki manakala kita selalu mengambil pelajaran dari segala sesuatu, segala peristiwa, dan seluruh pengalaman hidup kita ataupun orang lain. 

Allah SWT berfirman:

“Dia-lah yang mengeluarkan orang-orang kafir di antara ahli Kitab dari kampung-kampung mereka pada saat pengusiran yang pertama. kamu tidak menyangka, bahwa mereka akan keluar dan merekapun yakin, bahwa benteng-benteng mereka dapat mempertahankan mereka dari (siksa) Allah; Maka Allah mendatangkan bagi mereka (hukuman) dari arah yang tidak mereka sangka-sangka. Allah melemparkan ketakutan dalam hati mereka; mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan orang-orang mukmin. Maka ambillah (kejadian itu) sebagai pelajaran, wahai orang-orang yang mempunyai wawasan”. (QS. Al-Hasyr [59]: 2).

Yang dimaksud dengan ahli Kitab dalam ayat ini ialah orang-orang Yahudi Bani Nadhir pada masa Nabi Muhammad SAW di Madinah. Merekalah yang mula-mula dikumpulkan untuk diusir keluar dari Madinah kerana mereka mengingkari Piagam Madinah.

Ayat ini memerintahkan kita untuk senantiasa mengambil hikmah dan ‘ibroh dari segala kejadian dalam kehidupan ini, dengan harapan kita tidak terjebak pada permasalahan yang sama. Hidayah akal ini akan bekerja dengan ilmu yang diperoleh, dari proses pembelajaran kehidupan yang telah dilakukan, yang kemudian digunakan untuk memilih respon yang terbaik bagi diri di masa mendatang. Semakin banyak kita mengambil pelajaran maka semakin tinggi kualiti hidayah akal kita.

Namun Hidayah akal ini mempunyai keterbatasan dalam menyeragamkan respon terhadap sebuah kejadian untuk seluruh manusia. Ada pepatah “lain ladang, lain pula belalangnya. Lain kepala, lain pula isinya.”Mungkin respon tertentu baik menurut kita, akan tetapi belum tentu baik menurut orang lain. Maka diperlukan sebuah aras untuk menyeragamkan mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang hak dan mana yang batil. Jawapan untuk hal ini ada pada tingkat hidayah selanjutnya.

Keempat, hidayah deen (agama). Hidayah agama adalah sebuah panduan ilahiyah yang membuat manusia mampu membezakan antara yang hak dan yang batil, antara yang baik dan yang buruk. Hidayah agama ini merupakan standard operating procedure (SOP) untuk menjalani kehidupan. Tentunya yang membuatnya adalah yang Maha segala-galanya, yang menciptakan manusia itu sendiri, yaitu Allah SWT. Kerana yang Allah SWT tentukan, pastilah itu yang terbaik. 

Allah SWT berfirman :

”…. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.”(QS. Al-Baqarah [2]: 216).

Maka apa saja yang ditentukan oleh agama, pastilah itu yang terbaik untuk kita. Hidayah agama ini boleh kita peroleh manakala kita selalu belajar dan memperdalam agama Islam ini.

Seperti Allah SWT tegaskan dalam Alqur’an:

”Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: “Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah.” Akan tetapi (Dia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbani, karena kamu selalu mengajarkan al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.” (QS. Ali Imran [3]: 79).

Semua orang mampu mempelajari agama ini (Al Qur’an dan As Sunnah), akan tetapi tidak semua orang berkemauan untuk mengamalkan agama ini. Kemauan untuk mengamalkan agama akan berbanding lurus dengan sejauh mana kita boleh manggapai hidayah taufiq.

Kelima, hidayah taufiq. Hidayah taufiq adalah adalah hidayah yang membuat manusia hanya akan menjadikan agama sebagai panduan hidup dalam menjalani kehidupannya. Hidayah taufiq ibarat benih yang Allah SWT semaikan di hati yang tidak hanya bersih dari segala hama penyakit, tetapi juga subur dengan titisan robbani. Bersih dan suburnya hati akan terlihat dari pohon-pohon kebaikan dan amal yang tumbuh di atasnya. Hanya kesungguhan yang akan membuat kita pantas menerima hidayah taufiq dari Allah SWT. 

Firman Allah SWT :

”Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar- benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (QS. Al-Ankabuut [29]: 69).

Maka tidak ada jalan lain agar kita mendapatkan Hidayah Taufiq Allah SWT, kecuali dengan jalan bersungguh-sungguh dan berjihad untuk menjalankan dan mengamalkan agama yang indah ini.

Hidayah Allah SWT memerlukan perjuangan untuk mendapatkannya. Semakin besar perjuangan dan kesungguhan kita, maka insya Allah kita akan semakin mudah mendapatkannya, kerana semuanya tergantung kepada usaha kita. Hidayah Allah SWT ibarat sinar matahari yang menyinari seluruh alam ini, dan kita adalah penerima sinar tersebut. Jika kita membuka diri dengan hati yang bersih maka kita akan mudah untuk mendapatkan sinar hidayah Allah SWT. Tapi jika kita menutupi hati dan diri kita dengan kotoran dan hama penyakit hati maka kita akan sulit untuk mendapatkan sinar hidayah-Nya.

Wallahu a’lam.

Cecep Sa’bana Rahmatillah
Alumni Takmir Masjid Ulil Albab (TMUA) UII

SAYA KENA INGAT...KAMU KENA INGAT...KITA SEMUA KENA INGAT!!!

Sunday, February 27, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »

~DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG~

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan memberi salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam
“Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM” dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, ASSALAMUALAIKUM pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti "Ko tolong kirim salam maut kat dia yer".

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana “Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana “A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana “samekom" bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “As Salam” sebagai singkatan bagi “Assalammualaikum.”
 ***Saya sendiri pernah memberi dan menyampaikan salam orang dengan cara yang salah. Mujur ada insan yang menyedarkan saya walaupun bukan dengan cara teguran teguran . Hanya sepotong ayat yang membuat saya terus mengingati kata-katanya itu sehingga sekarang. Mudah-mudahan Tuhan memberi rahmat  ke atasnya dan dipermudahkan segala urusannya..Amin...(n_n)***

Fikir Guna Akal...Ingat Dalam Minda

Sunday, February 06, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal……

Manusia dan Akal....

Tuesday, December 21, 2010 Posted In Edit This 0 Comments »

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Alhamdulillah..syukur Ya Tuhan kerana masih memberi kesempatan untuk menikmati ketenangan malam. Nyanyian cengkerik yang menjadi hidangan telinga tidak jemu-jemu, berlagu dan terus berlagu. Kegelapan malam yang kurang serinya kerana tiada peneman setia si bulan dan kawanan bintang. 

Malam ini ada sesuatu yang ingin saya kongsikan bersama anda. Mungkin topik ini tidaklah terlalu menjadi fokus dalam perbincangan orang ramai. Perkara ini adalah hasil pemerhatian saya daripada tingkah laku manusia dan keadaan di sekeliling saya.

MANUSIA..makhluk tuhan yang paling istimewa berbanding dengan makhluk-makhluk lain. Manusia dikurnikan akal oleh ALLAH yang sangat penting dalam mengendalikan tingkah laku serta emosi manusia itu sendiri. Segala tindak tanduk manusia menggunakan akal tidak kira sama ada baik atau pun buruk.

"Lain orang, lain ragamnya". Begitulah lumrah manusia. Setiap manusia diciptakan dengan emosi, perangai serta tingkah laku yang berbeza. Adakalanya mudah untuk mentafsir perlakuan seseorang dan adakalanya tidak.

Akal yang memain peranan untuk manusia menzahirkan segalanya yang berkaitan manusia. Dengan akal ini jugalah terhasilnya bermacam ragam dan gelagat manusia.

1. Manusia yang berakal dan menggunakan akal dengan sebaik-baiknya.

Orang yang seperti ini memiliki akal yang bijak, kreatif dan sentiasa optimis dalam sesuatu perkara. Sentiasa pandang ke hadapan dan menghadapi segala halangan dengan lapang dada. Baginya halangan itulah yang menjadikan dirinya lebih positif dan kuat. 

Selain itu, orang yang dalam kategori ini juga merupakan orang yang bertanggungjawab pada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan yang paling utama kepada Allah. Amalan dunia dan akhiratnya seimbang. Perkara yang dilakukannya lebih banyak bermanfaat kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain. Tujuan hidupnya adalah semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

2. Orang yang berakal, tetapi kurang dari segi aspek tertentu.

Orang yang bijak, terkenal, di sanjung oleh orang lain kerana kepandaiannya. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya. Kebanyakkan mempunyai taraf hidup yang baik.

Kepandaiannya yang ada dalam diri individu hilang kesempurnaannya kerana dia gagal dalam menjalankan tanggungjawab kepada orang lain. Akibat terlalu fokus dengan kerjaya, tanggungjawab terhadap keluarga di abaikan. Lebih berdiam diri apabila bersama keluarga. Tanggujawab sebagai seorang Islam pula tetap dijalankan tetapi hatinya masih dipenuhi dengan masalah lain. Dengan kata lain, dia tidak memperoleh ketenangan yang sepatutnya dimilikinya. Mudah bertukar emosi mengikut situasi dan sering ada perasaan tidak puas hati atas kelebihan orang lain.

3. Orang yang berakal dan terlebih pandai dan menyalahgunakan kepandaiannya.

Orang yang berada dalam kategori ini adalah orang yang sangat genius. Selalunya mereka ini dikurniakan kelebihan yang jarang dimiliki oleh orang lain. Mereka juga sangat kreatif dalam berfikir dan menyelesaikan masalah. Ada sesetengah orang yang menyalahgunakan ke'genius' yang ada. Mereka terlau bangga dengan kebolehan yang dimiliki sehingga sanggup melakukan perkara yang mbyelahi undang-undang. Sebagai contoh menjadi penggodam @ hacker dan menceroboh sistem maklumat seseorang atau sesebuah syarikat untuk kepentingan tertentu. Kebijaksanaan yang ada pada individu ini sebenarnya sangat berguna dan boleh memberi manfaat kepada sistem pertahanan dan kawalan negara. Tiada salahnya jika sesebuah organisasi negara menggunakan perkhidmatan individu ini ke arah kebaikan daripada dia terus melakukan kerja-kerja yang menyalahi undang-undang.

4. Orang yang kurang akal @ pandai tetapi berani mencuba untuk merubah keadaanya.

Walaupun menghadapi kekurangan, individu ini tidak akan berputus asa dalam setiap perkara yang dilakukannya. Walaupun mendapat cercaan dan penghinaan daripada orang sekeliling, tetapi semangatnya tetap kuat untuk merubah kehidupannya agar menjadi lebih baik.

5. Orang yang kurang akal tetapi tak nak berusaha

Orang seperti ini tidak mahu melakukan perubahan dalam dirinya. Dia hanya berserah kepada takdir terhadap perkara yang akan berlaku tanpa melakukan sebarang usaha. Individu ini suka mengeluh dan tidak ada pendirian yang tetap dalam dirinya. Seorang yang lemah sengat dan adakalanya hanya mendengar nasihat orang lain tetapi tidak mahu mengambil iktibar atas nasihat tersebut. Berkemungkinan orang seperti ini juga tidak mempunyai masa depan yang cerah jika dia sendiri tidak mahu melakukan perubahan ke arah kebaikan.

6. Orang yang berakal tetapi gagal mengawal emosi.

Kita sering saja digemparkan dengan berita-berita bunuh diri akibat putus cinta, keterlajuran, tak tahan dengan masalah keluarga dan sebagainya. Jika dilihat, kebanyakan yang terlihat dengan kes-kes seperti ini ialah golongan pelajar2 sekolah dan mahasiswa/i yang sememanganya sudah terdidik sejak dari sekolah rendah lagi. Apa yang menyebabkan sehingga mereka bertindak sedemikian?. Siapa pula yang harus dipersalahkan?. Segalanya berpunca daripada emosi yang tidak terkawal. Apabila seseorang yang berada dalam kemurungan atau sedang menghadapi msalah yang berat, dirinya seperti tidak boleh memikirkan perkara yang positif dan sering membuat keputusan melulu tanpa memikirkan akibatnya. Jalan mudah yang diambil adalah dengan membunuh diri. Sedangkan membunuh diri itu adalah dosa yang paling besar dan dilaknat ALLAH.

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sesiapa yang menjatuhkan dirinya dari puncak bukit kerana membunuh diri, maka dia akan berulangkali jatuh ke dalam api neraka selama-lamanya, sesiapa yang meneguk racun kerana membunuh dirinya, maka racun itu akan berada di tangannya dan dia akan meneguknya berulangkali di dalam neraka selama-lamanya, sesiapa yang membunuh dirinya dengan menggunakan besi, maka besi itu akan berada di tangannya dan dia akan memukul kepalanya dangan besi itu berulangkali di dalam neraka selama-lamanya (riwayat Muslim, 1:104; al-Darimi, 2:112 dan Ahmad, 4:33,34).

***Ada perkara yang boleh kita teladani terutama perkara2 yang baik. Jangan sesekali kita mengambil jalan mudah ketika membuat keputusan. Tersilap langkah, buruk padahnya. Beringat2 sebelum buat.***

PENAWAR BAGI HATI

Monday, December 20, 2010 Posted In Edit This 0 Comments »

Syeikh Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia  sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan

Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap

Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesame manusia.

3. Suka marah-marah

Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas
kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian
 yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki

Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. 
Rasulullah bersabda:

`Dengki itu memakan segala kebaikan' (riwayat Muslim).

5. Kedekut & bakhil

Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah

Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan
ukhrawi. 
Rasulullah bersabda:
"Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah- olah kamu akan mati esok hari." (riwayat Bukhari dan
Muslim).

8. Ego atau sombong

Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri

Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian
yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak

Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

*** Perkongsian yang sangat bermanfaat daripada seorang sahabat. Mudah-mudahan info ini juga bermanfaat buat para pembaca (n_n).***

Showing posts with label INFO. Show all posts

Monday, May 30, 2011

Tunjukkan Kami Jalan Yang Lurus

Posted by Putih Kemboja at Monday, May 30, 2011 0 comments

Sunday, February 27, 2011

SAYA KENA INGAT...KAMU KENA INGAT...KITA SEMUA KENA INGAT!!!

Posted by Putih Kemboja at Sunday, February 27, 2011 0 comments

~DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG~

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan memberi salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam
“Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM” dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, ASSALAMUALAIKUM pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti "Ko tolong kirim salam maut kat dia yer".

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana “Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana “A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana “samekom" bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “As Salam” sebagai singkatan bagi “Assalammualaikum.”
 ***Saya sendiri pernah memberi dan menyampaikan salam orang dengan cara yang salah. Mujur ada insan yang menyedarkan saya walaupun bukan dengan cara teguran teguran . Hanya sepotong ayat yang membuat saya terus mengingati kata-katanya itu sehingga sekarang. Mudah-mudahan Tuhan memberi rahmat  ke atasnya dan dipermudahkan segala urusannya..Amin...(n_n)***

Sunday, February 6, 2011

Fikir Guna Akal...Ingat Dalam Minda

Posted by Putih Kemboja at Sunday, February 06, 2011 0 comments

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal……

Tuesday, December 21, 2010

Manusia dan Akal....

Posted by Putih Kemboja at Tuesday, December 21, 2010 0 comments

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Alhamdulillah..syukur Ya Tuhan kerana masih memberi kesempatan untuk menikmati ketenangan malam. Nyanyian cengkerik yang menjadi hidangan telinga tidak jemu-jemu, berlagu dan terus berlagu. Kegelapan malam yang kurang serinya kerana tiada peneman setia si bulan dan kawanan bintang. 

Malam ini ada sesuatu yang ingin saya kongsikan bersama anda. Mungkin topik ini tidaklah terlalu menjadi fokus dalam perbincangan orang ramai. Perkara ini adalah hasil pemerhatian saya daripada tingkah laku manusia dan keadaan di sekeliling saya.

MANUSIA..makhluk tuhan yang paling istimewa berbanding dengan makhluk-makhluk lain. Manusia dikurnikan akal oleh ALLAH yang sangat penting dalam mengendalikan tingkah laku serta emosi manusia itu sendiri. Segala tindak tanduk manusia menggunakan akal tidak kira sama ada baik atau pun buruk.

"Lain orang, lain ragamnya". Begitulah lumrah manusia. Setiap manusia diciptakan dengan emosi, perangai serta tingkah laku yang berbeza. Adakalanya mudah untuk mentafsir perlakuan seseorang dan adakalanya tidak.

Akal yang memain peranan untuk manusia menzahirkan segalanya yang berkaitan manusia. Dengan akal ini jugalah terhasilnya bermacam ragam dan gelagat manusia.

1. Manusia yang berakal dan menggunakan akal dengan sebaik-baiknya.

Orang yang seperti ini memiliki akal yang bijak, kreatif dan sentiasa optimis dalam sesuatu perkara. Sentiasa pandang ke hadapan dan menghadapi segala halangan dengan lapang dada. Baginya halangan itulah yang menjadikan dirinya lebih positif dan kuat. 

Selain itu, orang yang dalam kategori ini juga merupakan orang yang bertanggungjawab pada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan yang paling utama kepada Allah. Amalan dunia dan akhiratnya seimbang. Perkara yang dilakukannya lebih banyak bermanfaat kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain. Tujuan hidupnya adalah semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

2. Orang yang berakal, tetapi kurang dari segi aspek tertentu.

Orang yang bijak, terkenal, di sanjung oleh orang lain kerana kepandaiannya. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya. Kebanyakkan mempunyai taraf hidup yang baik.

Kepandaiannya yang ada dalam diri individu hilang kesempurnaannya kerana dia gagal dalam menjalankan tanggungjawab kepada orang lain. Akibat terlalu fokus dengan kerjaya, tanggungjawab terhadap keluarga di abaikan. Lebih berdiam diri apabila bersama keluarga. Tanggujawab sebagai seorang Islam pula tetap dijalankan tetapi hatinya masih dipenuhi dengan masalah lain. Dengan kata lain, dia tidak memperoleh ketenangan yang sepatutnya dimilikinya. Mudah bertukar emosi mengikut situasi dan sering ada perasaan tidak puas hati atas kelebihan orang lain.

3. Orang yang berakal dan terlebih pandai dan menyalahgunakan kepandaiannya.

Orang yang berada dalam kategori ini adalah orang yang sangat genius. Selalunya mereka ini dikurniakan kelebihan yang jarang dimiliki oleh orang lain. Mereka juga sangat kreatif dalam berfikir dan menyelesaikan masalah. Ada sesetengah orang yang menyalahgunakan ke'genius' yang ada. Mereka terlau bangga dengan kebolehan yang dimiliki sehingga sanggup melakukan perkara yang mbyelahi undang-undang. Sebagai contoh menjadi penggodam @ hacker dan menceroboh sistem maklumat seseorang atau sesebuah syarikat untuk kepentingan tertentu. Kebijaksanaan yang ada pada individu ini sebenarnya sangat berguna dan boleh memberi manfaat kepada sistem pertahanan dan kawalan negara. Tiada salahnya jika sesebuah organisasi negara menggunakan perkhidmatan individu ini ke arah kebaikan daripada dia terus melakukan kerja-kerja yang menyalahi undang-undang.

4. Orang yang kurang akal @ pandai tetapi berani mencuba untuk merubah keadaanya.

Walaupun menghadapi kekurangan, individu ini tidak akan berputus asa dalam setiap perkara yang dilakukannya. Walaupun mendapat cercaan dan penghinaan daripada orang sekeliling, tetapi semangatnya tetap kuat untuk merubah kehidupannya agar menjadi lebih baik.

5. Orang yang kurang akal tetapi tak nak berusaha

Orang seperti ini tidak mahu melakukan perubahan dalam dirinya. Dia hanya berserah kepada takdir terhadap perkara yang akan berlaku tanpa melakukan sebarang usaha. Individu ini suka mengeluh dan tidak ada pendirian yang tetap dalam dirinya. Seorang yang lemah sengat dan adakalanya hanya mendengar nasihat orang lain tetapi tidak mahu mengambil iktibar atas nasihat tersebut. Berkemungkinan orang seperti ini juga tidak mempunyai masa depan yang cerah jika dia sendiri tidak mahu melakukan perubahan ke arah kebaikan.

6. Orang yang berakal tetapi gagal mengawal emosi.

Kita sering saja digemparkan dengan berita-berita bunuh diri akibat putus cinta, keterlajuran, tak tahan dengan masalah keluarga dan sebagainya. Jika dilihat, kebanyakan yang terlihat dengan kes-kes seperti ini ialah golongan pelajar2 sekolah dan mahasiswa/i yang sememanganya sudah terdidik sejak dari sekolah rendah lagi. Apa yang menyebabkan sehingga mereka bertindak sedemikian?. Siapa pula yang harus dipersalahkan?. Segalanya berpunca daripada emosi yang tidak terkawal. Apabila seseorang yang berada dalam kemurungan atau sedang menghadapi msalah yang berat, dirinya seperti tidak boleh memikirkan perkara yang positif dan sering membuat keputusan melulu tanpa memikirkan akibatnya. Jalan mudah yang diambil adalah dengan membunuh diri. Sedangkan membunuh diri itu adalah dosa yang paling besar dan dilaknat ALLAH.

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sesiapa yang menjatuhkan dirinya dari puncak bukit kerana membunuh diri, maka dia akan berulangkali jatuh ke dalam api neraka selama-lamanya, sesiapa yang meneguk racun kerana membunuh dirinya, maka racun itu akan berada di tangannya dan dia akan meneguknya berulangkali di dalam neraka selama-lamanya, sesiapa yang membunuh dirinya dengan menggunakan besi, maka besi itu akan berada di tangannya dan dia akan memukul kepalanya dangan besi itu berulangkali di dalam neraka selama-lamanya (riwayat Muslim, 1:104; al-Darimi, 2:112 dan Ahmad, 4:33,34).

***Ada perkara yang boleh kita teladani terutama perkara2 yang baik. Jangan sesekali kita mengambil jalan mudah ketika membuat keputusan. Tersilap langkah, buruk padahnya. Beringat2 sebelum buat.***

Monday, December 20, 2010

PENAWAR BAGI HATI

Posted by Putih Kemboja at Monday, December 20, 2010 0 comments

Syeikh Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia  sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan

Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap

Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesame manusia.

3. Suka marah-marah

Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas
kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian
 yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki

Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. 
Rasulullah bersabda:

`Dengki itu memakan segala kebaikan' (riwayat Muslim).

5. Kedekut & bakhil

Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah

Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan
ukhrawi. 
Rasulullah bersabda:
"Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah- olah kamu akan mati esok hari." (riwayat Bukhari dan
Muslim).

8. Ego atau sombong

Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri

Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian
yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak

Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

*** Perkongsian yang sangat bermanfaat daripada seorang sahabat. Mudah-mudahan info ini juga bermanfaat buat para pembaca (n_n).***

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...