Blogger Layouts

DUHAI ISTERI-ISTERIKU...

Monday, June 06, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
           
       Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta serta kesenangan yang banyak kepadanya. Dia bersikap begitu kerana isteri keempatnya itu adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka tidak hairanlah lekaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

            Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isterinya itu pada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini lari dengan lelaki lain.

            Begitu juga dengan isteri keduanya. Pedagang itu sangat menyayangi isteri keduanya itu. Dia adalah isteri yang sabar dan penuh pengertian. Ketika pedagang menghadapi masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. Dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya ketika melalui saat-saat sulit. Sama halnya dengan isteri yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga pedagang. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan serta usaha pedagang tadi. Akan tetapi si pedagang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya, namun pedagang ini tidak begitu mempedulikannya.

            Suatu ketika, si pedagang jatuh sakit. Dia menyedari mungkin masanya untuk hidup tinggal beberapa hari sahaja lagi. Pedagang kaya ini mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati.

            “Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa sedihnya kerana selepas ini aky terpaksa tinggal sendirian.”

            Lalu dia meminta kesemua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya,

            “Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau pakaian dan perhiasan yang indah. Tidak lama lagi aku akan mati, mahukah kamu menemani dan mendampingiku?”

            Isteri keempatnya menjawab.

            “Tentu sekali tidak!” lantas dia pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi.

            Jawapan itu sangat menyakitkan hati pedagang, seakan pisau tajam menghiris-hiris hatinya. Pedangang yang sedih itu bertanya soalan yang sama kepada isteri ketiganya.

            “Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati.” Jawab isterinya.
Si pedagang kaya itu begitu terpukul dengan jawapan itu. Lalu diajukan soalan yang sama kepada isteri keduanya pula.

            “Maafkan aku…aku tidak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu 
ke liang kubur sahaja. Nanti akan kubuatkan makan yang indah buatmu.”

            Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara,

            “Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke mana pun kau pergi. Aku tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu.”

            Si pedagang menoleh ke arah suara tersebut dan mendapati pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Timbul rasa kesal yang amat sangat di hati pedagang kerana tidak mencintai dan sering mengabaikan isteri pertamanya itu.

            “Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, takkan aku biarkan kau seperti ini, isteriku.” Kata pedagang itu dengan linangan air mata dan penuh penyesalan.

*********************

Sesungguhnya, perkara yang berlaku kepada pedagang kaya itu sama dengan apa yang kita lalui. Faham maksud saya? empat orang isteri boleh juga disamakan dengan empat perkara penting dalam hidup kita.

ISTERI KEEMPAT*******TUBUH

Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya nampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi begitu sahaja apabila kita meninggal. Tiada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadap-NYA.

ISTERI KETIGA*********STATUS SOSIAL DAN KEKAYAAN

Saat kita meninggal, semuanya akan berpindah kepada orang lain. Bagaikan waktu yang  beredar, seperti itulah mereka akan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA********KERABAT DAN TEMAN-TEMAN

Seberapa dekat hubungan kita dengan orang lain sekali pun, tidak akan mampu untuk bersama-sama kita selamanya. Hanya sampai di kubur sahaja mereka akan menemani kita.

ISTERI PERTAMA*******JIWA DAN AMALAN

Kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya hanya jiwa dan amal kita sahajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi ke mana pun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita di akhirat kelak.

Wallahu ‘Alam…

0 comments:

Monday, June 6, 2011

DUHAI ISTERI-ISTERIKU...

Posted by Putih Kemboja at Monday, June 06, 2011
           
0 comments on "DUHAI ISTERI-ISTERIKU..."

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...