Blogger Layouts

KETIKA IBRAHIM MENGENAL TUHAN...

Monday, May 23, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah

Sekali lagi saya tertarik untuk berkongsi suatu cerita dengan anda semua. Kisah ini berkaitan dengan salah seorang rasul yang wajib kita ketahui. Mungkin ada yang tahu kisah ini. Mari sama2 kita menghayati kisah Nabi Ibrahim a.s dan cara bagaimana Baginda mengenal Tuhan.

Bapa Nabi Ibrahim bernama Azhar. Beliau merupakan seorang pembuat patung berhala. Pada suatu hari, ketika bapanya sedang mengukir patung untuk dijual, datanglah Nabi Ibrahim a.s kepada bapanya sambil memerhatikan kerja ukiran yang dilakukan oleh bapanya. Baginda bertanya kepada bapanya,

“Wahai bapa! Siapakah yang menjadikan diri saya ini?”

“Kamilah yang menjadikan kamu kerana kamu dilahirkan di rumah ini”, jawab bapanya.

Nabi Ibrahim a.s bertanya lagi,

“Siapa pula yang menjadikan bapa dan ibu?”.

“Tentu sekali datuk kamu kerana merekalah yang menyebabkan kami lahir”, jelas ayah Baginda kerana tidak mahu menghampakan anaknya.

Nabi Ibrahim a.s masih lagi tidak berpuas hati lalu Baginda mengajukan soalan lagi.

“Kalau demikian, siapa pula yang mula2 menjadikan semua benda2 ini?”, sambil menunjukkan semua benda yang ada dihadapan Baginda.

Bapanya terdiam kerana tidak dapat menjawab pertanyaan anaknya itu. Maka baginsa pula bertanyakan soalan yang sama kepada orang-orang yang datang untuk membeli patung daripada bapanya. Malang sekali, semuanya tidak dapat menjawab dan jahil mengenai Allah.

Nabi Ibrahim a.s tidak berputus asa dalam mencari jawapan terhadap persoalannya itu. Baginda menggunakan akal fikiran untuk mencari siapa yang menjadikan semua makhluk kerana orang lain gagal untuk memberikan jawapan yang baik.
Ketika malam hari, Nabi Ibrahim a.s melihat bintang lalu berkata,

“Inikah Tuhan saya?”

Tetapi setelah dilihatnya bintang terbenam, Baginda berkata,

          “Saya tidak akan berTuhankan kepada yang terbenam.”

Sesudah itu, Baginda melihat pula pada bulan purnama yang memancarkan cahaya yang bersinar-sinar. Baginda pun berkata,

          “Inikah Tuhan saya?”

Tetapi setelah bukan itu lenyap, maka lenyaplah pendapat Baginda berTuhankan kepada bulan, lalu Baginda berkata,

“Kalau tidak Tuhan saya yang memberi petunjuk, tentu saya akan menjadi sesat.”

Pada waktu siang, kelihatan pula matahari yang lebih besar dan bercahaya daripada apa2 yang dia lihat sebelumnya, maka Baginda pun berkata,

          “Oh! Inilah Tuhan saya yang sebenarnya. Inilah yang lebih besar.”
Tetapi setelah matahari terbenam dia pun berkata,

          “Wahai kaumku! Saya tidak mahu menyengutukan Tuhan seperti kamu. Saya hanya berTuhankan kepada yang menjadikan langit dan bumi dengan ikhlas dan saya tidak sekali-kali mahu mempersekutukan-Nya.”

********

Lihatlah..begitu cekalnya hati Baginda untuk mngenal Tuhan. Tidak pernah berhenti berfikir selagi belum menemui jawapan yang betul2 memuaskan hatinya. Bagaimana pula dengan kita? Sejak daripada lahir lagi kita memang sudah berdarah Islam. Sejak daripada kecil lagi kita sudah diajar tentang Tuhan dan agama Islam. Tuhan itu satu dan Islam itu adalah agama yang sebenar2nya. Tapi adakah kita benar2 kenal dengan Tuhan kita ALLAH S.W.T? DIA yang menjadikan langit dan bumi serta seluruh pelusuk semesta. Mencipta semuanya diluar keterbatasan manusia. Adakah kita benar2 kenal dengan Tuhan kita.??

Mari bersama2 saya, kita bermusahabah dan  mengkoreksi diri. Apa pun yang kita fikirkan dan apa pun yang terjadi, tetap kembali kepada ALLAH S.W.T.

Wallahu ‘alam…

SUMBER: SEJARAH 25 RASUL OLEH AL USTAZ MOHAMMAD DAUD MOHAMMAD SALLEH

0 comments:

Monday, May 23, 2011

KETIKA IBRAHIM MENGENAL TUHAN...

Posted by Putih Kemboja at Monday, May 23, 2011

0 comments on "KETIKA IBRAHIM MENGENAL TUHAN..."

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...