Blogger Layouts

Santapan Rohani

Thursday, March 03, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Alhamdulillah...
Tergerak hati untuk berkongsi sesuatu yang saya pelajari pada hari ini. Satu ceramah telah diadakan di kolej kediaman saya, Kolej Harun Aminurrashid,UPSI. Apa yang istimewanya pada malam ini, ceramah atau lebih sesuai jika saya katakan ia lebih kepada bentuk forum ialah kehadiran tetamu jemputan yang sangat dikenali ramai. Pernah tonton "Semanis Kurma"?..Tahu siapa pengacaranya?...Merekalah yang saya maksudkan..Ustazah Nurbahiyah dan suami Ustaz Wan. Sepasang suami isteri yang sering dijemput untuk memberikan ceramah atau motivasi.

Forum tersebut telah dikendalikan oleh Ustaz Hakim yang tidak lagi asing bagi pelajar2 di KHAR kerana beliau sering dijemput ke kolej ini untuk menyampaikan ceramah2.

Pada malam ini, tajuk yang menjadi perbincangan dalam forum tersebut adalah berkaitan dengan ilmu. Terlalu banyak perkara yang boleh dikaitkan dengan ilmu ini. Hal ini kerana ilmu ALLAH itu sendiri terlalu luas. Jika kita ambil sebatang pen, dan dakwatnya adalah daripada 7 lautan, nescaya 7 lautan sekali pun tidak akan cukup jika nak dibandingkan dengan ilmu ALLAH yang maha luas. 

Setiap ilmu yang kita cari sangat bermanfaat dalam diri kita. Tetapi jika ilmu itu dicari kerana terpaksa, kita tidak akan mendapat apa2 daripada ilmu tersebut. Kenapa? sebab tiada kesungguhan dalam menuntut ilmu. Bayangkan, jika kita belajar hanya semata2 untuk menjawab soalan peperiksaan dan apabila selesai peperiksaan itu kita terus lupa segala apa yang kita pelajari. Umpamanya ilmu itu hanya sekadar persinggahan dalam diri kita. Oleh itu, perlu ada kesungguhan dalam mencari ilmu.

Sememangnya banyak cabaran yang akan kita tempuhi dalam mencari ilmu ini. Diibaratkan seperti kita menanam padi, lalang akan tumbuh juga bersama-sama padi. Tapi kalau lalang pula yang ditanam, padi tidak akan tumbuh. Kerana apa? Kerana memang sudah lumrahnya begitu. Jika kita bergerak ke arah kebaikan, pasti ada sahaja yang akan menjadi penghalang. Tetapi jika kejahatan yang kita lakukan, tidak akan ada halangan sebab hati kita sudah mula hitam. Faham apa yang saya ingin katakan.?

Berbalik kepada pengisian ceramah tadi. Ustazah Nurbahiyah ada mengatakan, daripada Imam Shafie:

Kekeruhan dosa yang berkumpul di dalam hati adalah disebabkan
  1)  Makan makanan yang syubhah, ragu2 atau haram
  2)  Tidak memohon keredhaan ibu bapa
  3)  Suka mendengar nyanyian yang melalaikan
  4)  Banyak tidur
  5)  Banyak makan
  6)  Banyak berkhayal
  7)  Tidak hormat guru @ pensyarah       

Bagaimana pula kita hendak mengatasi semua perkara2 diatas? Ada caranya..

  1)  Solat 5 waktu
  2)  Selalu dalam keadaan berwudu'
  3)  Bertaqwa kepada ALLAH
  4)  Hormat kepada guru
  5)  Jauhi maksiat
  6)  Rajinkan diri berbuat baik kepada ibu bapa.

Ilmu yang kita cari ini tidak akan bermanfaat jika kita tidak meniatkannya kerana ALLAH. Semuanya akan menjadi sia-sia. Sebagai pelajar @pun sesiapa sahaja, mestilah kita tidak mahu ilmu yang kita dapat hilang begitu sahaja. Bagaimana kita hendak melakukan sesuatu kerana ALLAH?

  1)  Mesti ada pembimbing
  2)  Bekal iaitu taqwa kepada ALLAH
  3)  Senjata iaitu wudu'
  4)  Pendekatan Al-Quran dan As-Sunnah
  5)  Perlu ada cita2
  6)  Ikatan persaudaraan kerana ALLAH
  7)  Jauhi semua perkara yang mengikut hawa nafsu

Bagaimana?Sudah jelas? Diharapkan dengan sedikit perkongsian ini dapat kita sama2 renungkan kembali, apa yang kita lakukan selama ini bermanfaat atau tidak, niat kerana hendak kesenangan dunia atau akhirat, inginkan nama kita dijulang orang kerana apa? Sama2lah kita bermuhasabah diri.

Ingin saya memetik kata-kata Hamka..

"Ada ilmu dan ada harta, ada ilmu tapi tiada harta, atau tiada ilmu juga tiada harta." 

Mana 1 yang anda pilih.? Jawapan ada ditangan anda..

0 comments:

Thursday, March 3, 2011

Santapan Rohani

Posted by Putih Kemboja at Thursday, March 03, 2011

0 comments on "Santapan Rohani"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...