Blogger Layouts

SOAL HATI...

Monday, January 31, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
Dengan Nama Allah, Maha Pengasih dan Maha Penyayang...

Hujan, panggilan katak sahut-menyahut tidak henti-henti memanggil hujan yang sememangnya sedari tadi sudah mencurah-curah menimpa bumi. Entah mengapa malam ini saya terdorong untuk mencoret sesuatu. Sesuatu yang ingin saya kongsikan.

Berbicara Soal Hati...
Memang sukar untuk dimengerti..

Setiap orang mempunyai hati. Masing-masing mempunyai hak untuk menjaga dan mengendalikan hati mengikut cara yang mereka mahukan.

Hati adalah salah satu anugerah daripada Allah untuk setiap ummat manusia.
Apa ada pada hati.??

Macam-macam...Bila sebut tentang hati..orang akan terfikir tentang emosi dan perasaan..Betul dah tu.

Dari hati boleh wujudnya macam-macam perasaan...marah, suka, benci, cemburu, sedih..

Hati juga sebenarnya boleh membentuk peribadi seseorang..
Tak percaya..???

Ibaratkan hati kita seperti sehelai kain putin yang baru. Tiada kotoran dan cacat celanya. Kain putih itulah yang kita gunakan setiap hari. Dari pagi hingga ke petang, kita masih menggunakan kain itu. Hingga pada suatu saat, kita melihat ada kotoran yang melekat pada kain tersebut. Pasti akan terlintas di hati kita untuk mencuci kain itu untuk menghilangkan kotoran yang ada. Walaupun kotoran itu hanya sedikit. Pasti kita akan mencucinya kerana kita hendak menggunakan kain itu semula. Pabila dicuci, maka kain itu akan kembali putih dan bersih.

Bagaimana pula jika kita terus membiarkan kotoran itu melekat di kain tanpa perlu dibasuh dan membiarkan kotoran itu bertambah. Kain yang putih menjadi semakin kotor. Apabila kotorannya semakin banyak, maka bertambah sukar untuk dicuci kerana terdapat kotoran yang terus kekal melekat di kain tersebut.

Mengapa saya jadikan kain putih sebagai analogi..?
Kerana hati kita sama seperti kain putih itu. Sedikit kotoran yang melekat pada kain ibarat perkara-perkara buruk yang kita lakukan dalam kehidupan. Apabila kita sedar kita telah melakukan kesilapan, kita akan cuba untuk membetulkan kesilapan itu dan cuba untuk tidak melakukannya lagi. Sama seperti mencuci kain putih yang ada sedikit kotoran itu sehingga bersih. Maksudnya, kita membersihkan hati kita daripada perkara yang boleh menjadi dosa dalam kehidupan.

Bagaimana pula dengan kain yang dibiarkan kotor dan tidak dicuci,?
Ibaratnya hati yang penuh dengan sifat dengki, iri, riak dan segala sifat buruk yang telah menjadi amalan dan sebati dalam hidup seseorang. Jika kain putih yang sedikit kotorannya boleh dicuci semula, tetapi kain yang sudah betul-betul tercemar dengan kotoran memang payah hendak dibersihkan. Sama juga seperti hati yang penuh dengan sifat dengki, tidak boleh melihat orang lebih daripada dirinya, cemburu dengan kejayaan orang lain, sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan diri sendiri. Adakah boleh dihapuskan sifat-sifat seperti ini dengan mudah.?..Tidak..Orang yang memiliki sifat-sifat ini agak sukar untuk berubah. Terutama apabila sudah menjadi kebiasaannya dia bersikap sedemikian. Hidup bergelumang dengan dosa dan noda.

Kita sebagai manusia sering sahaja melakukan kesilapan. Tidak kira kecil atau besar. Hati yang menggerakkan segala tingkah laku kita.

Renungkanlah. Telah banyak dosa yang kita lakukan. Hati kita menjadi keras dek terpesona mengejar harta dunia. Hati kita buta dek mencari kemewahan yang sementara. Kita lupa yang kita hanya menumpang dibumi-Nya. Tidak kita ingat ke mana kita pergi setelah mati?!. Apa bekal yang kita bawa nanti?! Siapa yang akan menolong kita?!Tidakkah kita terfikir semua itu.?!!!!

Ya Allah!!
Diriku kotor tatkala sujud kepada-Mu
Hamba-Mu ini selalu saja melakukan kemungkaran
Sering saja melanggar perintah-Mu
Kewajipanku kepada-Mu ku abaikan

Sering aku pohon pertolongan-Mu tatkala kesusahan melanda
Sering juga aku alpa kepada-Mu setelah permintaanku Kau kabulkan

Ya Allah!!
Sudah terlalu banyak dan tidak terkira segala dosa-dosaku kepada-Mu

Ampunkan aku
Ya Allah!!
Ampunkan aku 
Ya Rahman!!!
Ampunkan aku 
Ya Rahim!!

Betapa angkuh diriku mendabik dada berjalan dibumi-Mu
Betapa gersang lidahku daripada mensyukuri segala nikmat-Mu
Betapa sombong diriku untuk mengingati-Mu
Betapa lemasnya aku dihanyutkan ombak maksiat

Inginku pohon keampunan dari-Mu Ya Allah
Sesungguhnya aku hamba-Mu yang lalai
Tiada daya dan upayaku
Kecuali dengan bantuan-Mu
Berikanlah aku hidayah dan petunjuk-Mu

Amin Ya Rabbal Alamin.....

0 comments:

Monday, January 31, 2011

SOAL HATI...

Posted by Putih Kemboja at Monday, January 31, 2011

0 comments on "SOAL HATI..."

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...