Blogger Layouts

Pabila Jahil Menentang Iman.....

Wednesday, December 15, 2010 Posted In Edit This 0 Comments »
     Dalam satu peristiwa, sahabat-sahabat Muhammad Bin Abdullah pernah melihat Umar menangis dan kemudian tertawa tanpa sebab yang jelas. Akhirnya ada yang berani bertanya, "Wahai pemimpin orang Islam, Kenapa kamu menangis kemudian tersenyum tanpa sebab yang dapat kami fahami."

     Umar menceritakan, "Dahulu aku dan orang-orang Quraisy sangat membenci anak perempuan. Ketika aku mendapat perkhabaran anak perempuan, daripada saat kelahirannya lagi kebencianku sudah bermula. Aku pendam rasa benci itu, aku sabar sampailah umurnya enam tahun, aku sudah tidak tahan lagi. aku membawanya ke padang pasir dan aku gali lubang. Dia menyangka aku membawanya berkelah dan bemain-main. Dia turut sama membantuku menggali lubang. Apabila lubang sudah siap, aku menolak dia ke dalam lubang dan aku mula menimbusnya dengan pasir. Anakku yang masih belum tahu niatku masih ingat aku bermain-main. Dia tolong aku mengibaskan pasir-pasir daripada janggut dan pakaianku, tetapi akhirnya aku menimbusnya hidup-hidup tanpa belas kasihan. Inilah kehidupan kami sebelum kehadiran Muhammad. Kami memuliakan anak lelaki dan menghina anak perempuan bahkan membunuh mereka hidup-hidup. Maha Besar Tuhan, Maha Baik Tuhan yang menghantar Muhammad yang meletakkan perempuan di tempat yang mulia. Marilah kita bersyukur diatas nikmat ini. Itulah rahsianya, apabila aku teringat kisah ini, aku menangis.'

     Umar berkata lagi, "Berkenaan mengapa aku tersenyum, pada suatu hari aku keluar dari bandar Mekah. Apabila keluar, kami biasanya membawa batu dari Mekah untuk dijadikan sembahan, tetapi hari itu aku terluap membawa batu, tetapi aku ada membawa kurma. Aku membuat berhala daripada kurma dan aku sembah kurma itu. Apabila makanan aku habis, mulalah aku makan Tuhan aku itu sedikit demi sedikit. Apabila aku teringat kisah ini, aku ketawa sendirian."

***Begitulah kisah masyarakat yang jalil sebelum wujudnya utusan mulia yang membawa kebenaran. Mereka sanggup mengorbankan nyawa insan tidak berdosa semata-mata demi menjaga maruah diri. Bahkan sanggup memuja sesuatu yang tidak mampu mencipta. Kejahilan yang nyata sekali menyesatkan.***

***Bagaimana  pula dengan kehidupan kita? Mungkin kita tidak lagi jahil tentang teknologi. kita tidak lagi jahil tentang ekonomi, kita juga tidak jalil tentang dunia hiburan. Tidakkah kita merasa ada sesuatu yang masih kita tidak tahu dan sering alpa tentangnya?***

***Sesuatu yang wujud tapi sering kita abaikan. Ia ada dalam diri tapi selalu kita nafikan. Mampu menjadi benteng pertahanan jiwa jika kita perkukuhkan***

" Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap dan Dia-lah yang menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia hasilkan dengan (hujan) itu buah-buahan sebagai rezeki untukmu. Kerana itu janganlah kamu mengadakan tandingan-tandingan bagi Allah, padahal kamu mengetahui."
(Surah Al-Baqarah:22)

0 comments:

Wednesday, December 15, 2010

Pabila Jahil Menentang Iman.....

Posted by Putih Kemboja at Wednesday, December 15, 2010

0 comments on "Pabila Jahil Menentang Iman....."

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...