Indahnya Persahabatan
Saturday, December 18, 2010 Posted In LUAHAN HATI Edit This 0 Comments »Dengan nama Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta puji-pujian kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.
Alhamdulillah..diri ini masih diberi kesempatan untuk melakar rasa, meluah segala yang tersirat di kepala. Setiap detik yang dilalui terlalu bermakna. Lebih-lebih lagi saat-saat bahagia yang dikongsi bersama keluarga. Walaupun tidak semuanya berkumpul tapi kemeriahannya masih tetap ada.
Lembaran kali ini bukanlah untuk berkongsi cerita tentang keluarga, tetapi berkenaan dengan insan-insan akrab dengan diri kita.
SAHABAT..apabila berbicara tentang sahabat semua orang mengetahuinya. Apa yang terlintas difikiran, sahabat itu adalah orang yang sentiasa bersama-sama kita ketika suka dan duka. Berkongsi segala cerita dan rahsia. Segala macam makna yang boleh dikaitkan dengan sahabat.
Bagi saya, perkataan SAHABAT itu sendiri membawa erti yang cukup bermakna.
Setia
Amanah
Hargai
Antara terpenting
Berkekalan
Aspirasi
Tegur
Sahabat itu SETIA..
Sentiasa bersama mengharungi cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Ramai orang kata, teman bergembira sentiasa bersama tapi teman menangis akan menjauh tanpa sudi mendengar masalah yang kita hadapi. SETIA membawa maksud yang sebaliknya. Ceria dan duka sentiasa bersama. Walau ditimpa kesusahan sekalipun sahabat tetap berada disisi untuk menemani, membiarkan bahunya dibasahi air mata yang mengalir, menjadi pendorong juga pemberi semangat untuk mengharungi kehidupan yang penuh ranjau.
Sahabat itu AMANAH..
Seorang yang boleh dipercayai. Biarpun sejuta rahsia dikongsi bersama, mulutnya bagaikan terkunci untuk berbicara tentangnya dengan orang lain. Sentiasa berhati-hati ketika berbicara agar tidak terlepas kata, maka terbongkarlah rahsia. Apa yang dijanji, itulah yang ditepati.
Sahabat itu mengHARGAI..
Sahabat itu ANTARA YANG TERPENTING..
"Sahabat sejati, sehidup semati". Kata-kata ini sering didengar dan dibaca dalam sms mahupun di internet. Jika tiada sahabat, hidup terasa bagaikan kosong dunia. Tiada tempat untuk berkongsi cerita. Tiada telatah sahabat yang menghiburkan. Tiada gelak ketawa, tiada sahabat maka suramlah kehidupan.
Sahabat itu BERKEKALAN..
Ada yang kata "teman itu sementara tapi sahabat selama-lamanya". Bagi saya, teman dan sahabat sama sahaja. Sejauh mana kita menghargai teman, sejauh itulah kita menghargai sahabat. Bezanya cuma rapat atau tidak. Orang yang gemar bersahabat sentiasa menginginkan ukhuwah yang terjalin itu berkekalan sampai bila-bila. Seorang sahabat sejati akan cuba untuk menjaga jalinan itu bagi menghindarkan daripada berlakunya masalah.
Sahabat itu sumber ASPIRASI..
Sahabat yang baik sentiasa memberikan pandangan dan idea yang terbaik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Idea atau inspirasi tersebut berguna untuk dirinya juga bermanfaat kepada orang lain. Sentiasa berkongsi pendapat dalam sesuatu perbincangan untuk mendapatkan keputusan yang terbaik.
Sahabat itu sumber ASPIRASI..
Sahabat yang baik sentiasa memberikan pandangan dan idea yang terbaik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Idea atau inspirasi tersebut berguna untuk dirinya juga bermanfaat kepada orang lain. Sentiasa berkongsi pendapat dalam sesuatu perbincangan untuk mendapatkan keputusan yang terbaik.
Sahabat itu sentiasa TEGUR-menegur..
"Tunjang kepada persahabatan adalah kejujuran dan keikhlasan yang tertanam kukuh, saling mempercayai, saling mengerti dan saling menghormati...Ibarat pokok, jika tidak dijaga, maka akan matilah pokok keraa tunjang yang menyokong telah reput, bersahabatlah kerana ALLAH, bukan kerana keadaan yang memaksa...Semoga persahabatan yang terbina terus mekar hingga ke syurga..InsyaALLAH.."
“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
Hargailah SAHABAT ketika kita masih mampu untuk "bersahabat". Manfaatkan persahabatan untuk kebaikan dunia dan akhirat...(n_n)
0 comments:
Post a Comment