Blogger Layouts

Manusia dan Akal....

Tuesday, December 21, 2010 Posted In Edit This 0 Comments »

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Alhamdulillah..syukur Ya Tuhan kerana masih memberi kesempatan untuk menikmati ketenangan malam. Nyanyian cengkerik yang menjadi hidangan telinga tidak jemu-jemu, berlagu dan terus berlagu. Kegelapan malam yang kurang serinya kerana tiada peneman setia si bulan dan kawanan bintang. 

Malam ini ada sesuatu yang ingin saya kongsikan bersama anda. Mungkin topik ini tidaklah terlalu menjadi fokus dalam perbincangan orang ramai. Perkara ini adalah hasil pemerhatian saya daripada tingkah laku manusia dan keadaan di sekeliling saya.

MANUSIA..makhluk tuhan yang paling istimewa berbanding dengan makhluk-makhluk lain. Manusia dikurnikan akal oleh ALLAH yang sangat penting dalam mengendalikan tingkah laku serta emosi manusia itu sendiri. Segala tindak tanduk manusia menggunakan akal tidak kira sama ada baik atau pun buruk.

"Lain orang, lain ragamnya". Begitulah lumrah manusia. Setiap manusia diciptakan dengan emosi, perangai serta tingkah laku yang berbeza. Adakalanya mudah untuk mentafsir perlakuan seseorang dan adakalanya tidak.

Akal yang memain peranan untuk manusia menzahirkan segalanya yang berkaitan manusia. Dengan akal ini jugalah terhasilnya bermacam ragam dan gelagat manusia.

1. Manusia yang berakal dan menggunakan akal dengan sebaik-baiknya.

Orang yang seperti ini memiliki akal yang bijak, kreatif dan sentiasa optimis dalam sesuatu perkara. Sentiasa pandang ke hadapan dan menghadapi segala halangan dengan lapang dada. Baginya halangan itulah yang menjadikan dirinya lebih positif dan kuat. 

Selain itu, orang yang dalam kategori ini juga merupakan orang yang bertanggungjawab pada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan yang paling utama kepada Allah. Amalan dunia dan akhiratnya seimbang. Perkara yang dilakukannya lebih banyak bermanfaat kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain. Tujuan hidupnya adalah semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

2. Orang yang berakal, tetapi kurang dari segi aspek tertentu.

Orang yang bijak, terkenal, di sanjung oleh orang lain kerana kepandaiannya. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya. Kebanyakkan mempunyai taraf hidup yang baik.

Kepandaiannya yang ada dalam diri individu hilang kesempurnaannya kerana dia gagal dalam menjalankan tanggungjawab kepada orang lain. Akibat terlalu fokus dengan kerjaya, tanggungjawab terhadap keluarga di abaikan. Lebih berdiam diri apabila bersama keluarga. Tanggujawab sebagai seorang Islam pula tetap dijalankan tetapi hatinya masih dipenuhi dengan masalah lain. Dengan kata lain, dia tidak memperoleh ketenangan yang sepatutnya dimilikinya. Mudah bertukar emosi mengikut situasi dan sering ada perasaan tidak puas hati atas kelebihan orang lain.

3. Orang yang berakal dan terlebih pandai dan menyalahgunakan kepandaiannya.

Orang yang berada dalam kategori ini adalah orang yang sangat genius. Selalunya mereka ini dikurniakan kelebihan yang jarang dimiliki oleh orang lain. Mereka juga sangat kreatif dalam berfikir dan menyelesaikan masalah. Ada sesetengah orang yang menyalahgunakan ke'genius' yang ada. Mereka terlau bangga dengan kebolehan yang dimiliki sehingga sanggup melakukan perkara yang mbyelahi undang-undang. Sebagai contoh menjadi penggodam @ hacker dan menceroboh sistem maklumat seseorang atau sesebuah syarikat untuk kepentingan tertentu. Kebijaksanaan yang ada pada individu ini sebenarnya sangat berguna dan boleh memberi manfaat kepada sistem pertahanan dan kawalan negara. Tiada salahnya jika sesebuah organisasi negara menggunakan perkhidmatan individu ini ke arah kebaikan daripada dia terus melakukan kerja-kerja yang menyalahi undang-undang.

4. Orang yang kurang akal @ pandai tetapi berani mencuba untuk merubah keadaanya.

Walaupun menghadapi kekurangan, individu ini tidak akan berputus asa dalam setiap perkara yang dilakukannya. Walaupun mendapat cercaan dan penghinaan daripada orang sekeliling, tetapi semangatnya tetap kuat untuk merubah kehidupannya agar menjadi lebih baik.

5. Orang yang kurang akal tetapi tak nak berusaha

Orang seperti ini tidak mahu melakukan perubahan dalam dirinya. Dia hanya berserah kepada takdir terhadap perkara yang akan berlaku tanpa melakukan sebarang usaha. Individu ini suka mengeluh dan tidak ada pendirian yang tetap dalam dirinya. Seorang yang lemah sengat dan adakalanya hanya mendengar nasihat orang lain tetapi tidak mahu mengambil iktibar atas nasihat tersebut. Berkemungkinan orang seperti ini juga tidak mempunyai masa depan yang cerah jika dia sendiri tidak mahu melakukan perubahan ke arah kebaikan.

6. Orang yang berakal tetapi gagal mengawal emosi.

Kita sering saja digemparkan dengan berita-berita bunuh diri akibat putus cinta, keterlajuran, tak tahan dengan masalah keluarga dan sebagainya. Jika dilihat, kebanyakan yang terlihat dengan kes-kes seperti ini ialah golongan pelajar2 sekolah dan mahasiswa/i yang sememanganya sudah terdidik sejak dari sekolah rendah lagi. Apa yang menyebabkan sehingga mereka bertindak sedemikian?. Siapa pula yang harus dipersalahkan?. Segalanya berpunca daripada emosi yang tidak terkawal. Apabila seseorang yang berada dalam kemurungan atau sedang menghadapi msalah yang berat, dirinya seperti tidak boleh memikirkan perkara yang positif dan sering membuat keputusan melulu tanpa memikirkan akibatnya. Jalan mudah yang diambil adalah dengan membunuh diri. Sedangkan membunuh diri itu adalah dosa yang paling besar dan dilaknat ALLAH.

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sesiapa yang menjatuhkan dirinya dari puncak bukit kerana membunuh diri, maka dia akan berulangkali jatuh ke dalam api neraka selama-lamanya, sesiapa yang meneguk racun kerana membunuh dirinya, maka racun itu akan berada di tangannya dan dia akan meneguknya berulangkali di dalam neraka selama-lamanya, sesiapa yang membunuh dirinya dengan menggunakan besi, maka besi itu akan berada di tangannya dan dia akan memukul kepalanya dangan besi itu berulangkali di dalam neraka selama-lamanya (riwayat Muslim, 1:104; al-Darimi, 2:112 dan Ahmad, 4:33,34).

***Ada perkara yang boleh kita teladani terutama perkara2 yang baik. Jangan sesekali kita mengambil jalan mudah ketika membuat keputusan. Tersilap langkah, buruk padahnya. Beringat2 sebelum buat.***

0 comments:

Tuesday, December 21, 2010

Manusia dan Akal....

Posted by Putih Kemboja at Tuesday, December 21, 2010

0 comments on "Manusia dan Akal...."

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...